Skip to content

Profil

01.

Nur Azam Bin Zamberi

Founder AGG & Group Agency Director

Profil

Kami lebih dari sekadar sebuah organisasi bisnes agensi takaful. Ia seperti keluarga besar. Bercita-cita murni dan peduli satu sama lain demi mencapai matlamat mutlak iaitu Achieving Grand Goal – bebas memakmurkan bumi Allah.

Wealthy . Healthy . Happy

Diasaskan oleh Nur Azam Zamberi pada tahun 2012 yang merupakan Group Agency Director No.1 di Malaysia dan menjadi Agency-Model  bagi syarikat multibillion Etiqa Family Takaful Berhad. Azam Gemilang Group atau AGG percaya setiap insan punyai potensi untuk menjadi versi terbaik, oleh itu AGG menyediakan platform yang sesuai untuk mencapainya.

Malah lebih dari 10,000 pelanggan peserta takaful yang berpuas hati menjadi tunjang kejayaan ini juga. AGG kini punyai lebih dari 10 agensi dan beroperasi di seluruh Malaysia dan mempunyai pejabat agensi di Perak, Kuala Lumpur, Terengganu dan Sabah dengan berpaksikan persekitaran yang positif dan kerjasama erat.

AGG juga mempunyai sistem dan budaya yang mendorong mencapai kejayaan yang boleh di diduplicate dan di scale-up, maka impian besar mampu dicapai dengan langkah pertama.

Profil

AGG merupakan agensi takaful yang berdaftar melalui Syarikat Etiqa Family Takaful Bhd yang berlandaskan syariah di bawah pengawasan Malaysia Takaful Association (MTA) dan Bank Negara. AGG bergerak seiring dengan matlamat industri dan hasrat negara untuk menjadikan Malaysia sebagai hub kewangan Islam di dunia.

02.

Profil

Rakan Perniagaan

Kami percaya bahawa ilmu pengurusan kewangan itu penting. Dengan prinsip ini, kami komited untuk memberikan kesedaran dan ilmu berkaitan pengurusan kewangan Islam, perancangan harta dan pengurusan risiko demi kebaikan masyarakat Malaysia. Syarikat ini juga berpotensi melahirkan usahawan bertaraf jutawan, amanah dan berkaliber di dalam industri kewangan Islam.

LEAD . LEARN . LOVE

​Komited menjadi sebuah agensi kewangan Islam pilihan bernilai RM50 Juta yang professional berpendapatan tinggi, minda menang dan muafakat menjelang tahun 2030.​

  • Mempunyai 1,000 orang dan menjadi pilihan utama untuk berkarier sebagai pengurus dan perunding
  • Mempunyai rangkaian sistem sokongan, latihan dan bimbingan diseluruh Malaysia.
  • Bekerja dengan komited di dalam etika bisnes yang agresif dengan mengikut sistem dan budaya yang diterapkan.
  • Sentiasa mesra perubahan dan berdaya maju di dalam arus moden dan digital.
  • Memegang erat harmoni, adab dan sahsiah agar menjadi insan dicontohi sebagai MDRT dan MDA.

Meet our Management

The core member of the company