Di Pertubuhan Kebajikan Samarata Negeri Perak (PPM-035-08-03042024) , kami mempunyai misi untuk memberi khidmat kebajikan kepada masyarakat setempat tanpa mengira agama dan bangsa. Antara program-program kebajikan yang dianjurkan ialah
1. Projek Kotak Makan (PROKOM) – Sumbangan barangan asas keperluan dapur kepada asnaf;
2. Samarata Taja Education Program (STEP) – Tajaan kos tusyen SPM pelajar asnaf;
3. Program Pengajian Al-Quran (PROPA) – Tajaan tenaga pengajar;
4. Back To School (BTS) – Tajaan kelengkapan barangan persekolahan;
5. Jualan Amal Preloved (JAP) – Projek fund raising dengan jualan barangan terpakai kadar murah; dan
6. Ramadhan Syawal AGG (RASA) – IFTAR/MOREH/JELAJAH SAHUR, edaran bubur lambuk, sumbangan pek makanan & duit raya.
Bukan sahaja menganjurkan program-program kebajikan, kami juga menganjurkan program-program dakwah seperti
1. Yasin & Tazkirah – Setiap hari Jumaat, 8pagi
2. Nur Ramadhan – Pengajian Al-Quran & Khatam Al-Quran
Ikuti halaman Facebook kami, AGG Samarata untuk sertai program-program di atas.
Kami percaya bahawa program-program ini dapat memantapkan ukhrawi bermula dari kalangan ahli dan komuniti setempat menjadi insan kaya jiwa dan iman.

