Best Takaful Operator

✨This year marks the 7th year in a row that Etiqa General Takaful Berhad has been awarded as the Best Takaful Operator of General Takaful Business, this time at the Takaful Star Awards 2025. To add to the celebration, we also brought home another two awards – Best Takaful Operator – General Agency Takaful Operator and Direct Distribution Channel (General Takaful)! 🥳

Not forgetting our agents who also bagged their own awards in their respective categories! 🤩 These awards are testaments to Etiqa’s commitment of always putting our customers first while Making The World A Better Place – because we are not just takaful, we are Etiqa Takaful. 💛 #EtiqaMalaysia #myetiqa #EtiqaTakaful

Best Takaful Institution

Assalammualaikum & Salam Terunggul Rakan Niaga Etiqa,

Terima kasih atas usaha kita bersama, Etiqa Family Takaful Berhad telah memberi manfaat untuk tuntutan KEHILANGAN UPAYA KEKAL berjumlah RM46 juta.

Cuba bayangkan betapa bersyukurnya orang yang telah kehilangan upaya kekal tapi dengan izin Allah, terbela kerana manfaat perlindungan dari produk kita.

#FinalCountdownCampaign
#LangkawiEagleSprint
#2021AFYC150M
#2021NewRecruit2000
#GrowBigWithQuality
#FTAVB1031

PPZ-MAIWP terima zakat perniagaan RM18.59 juta

PETALING JAYA: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM18.59 juta daripada 11 syarikat korporat.

Syarikat korporat terbabit ialah Amanah Hartanah Berhad sebanyak (RM3.32 juta), Etiqa Family Takaful Berhad (RM452,000), Etiqa General Takaful Berhad (RM410,000), Koperasi Ladang Berhad (RM574,049.79), Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (RM1.67 juta), Lembaga Tabung Haji (RM9.171 juta).

Syarikat lain ialah, Malaysia Debt Ventures Berhad (RM191,639.23), Maybank Islamic Berhad (RM420,171.35), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (RM1.967 juta), Ri Network Sdn. Bhd. (RM300,000) dan Sime Darby Property Berhad (RM100,000).

Majlis penyerahan zakat perniagaan tersebut telah diadakan di Masjid Negara semalam dengan dihadiri Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dan Pengerusi MAIWP, Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) merangkap Setiausaha MAIWP, Datuk Muhd. Ajib Ismail dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim ­Amir Osman.

PPZ-MAIWP dalam kenya­taan memaklumkan, dalam tempoh Januari hingga Mac lalu, pihaknya telah mengutip zakat perniagaan sebanyak RM17.128 juta berbanding RM13.640 juta tahun lalu, peningkatan seba­nyak 26 peratus.

Sementara itu, Syed Ali merakamkan penghargaan dan ucapan terutama kasih kepada kesemua syarikat yang telah membayar zakat di pusat ber­kenaan.

“Bulan Ramadan ini adalah masa terbaik untuk kita melipatgandakan ibadah. Oleh itu, ambillah kesempatan pada bulan ini untuk berbuat kebaikan dengan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan sebagai tanda kita mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah SWT,” katanya. – UTUSAN

Sumber: Utusan Malaysia

https://www.utusan.com.my/ekonomi/2021/04/ppz-maiwp-terima-zakat-perniagaan-rm18-59-juta/