3 Sebab Penting Kenapa Anda Perlu Mempunyai Takaful Reserve Fund?
1. Untuk Elak Polisi Lapse Bila Berlaku Gangguan Kewangan
Hakikat yang ramai tidak sedar ialah bukan sebab tak sayang keluarga, tapi sebab cashflow terganggu. Takaful Reserve Fund berfungsi untuk bayar caruman Takaful bila:
i. Hilang kerja
ii. Bisnes slow
iii. Darurat / Pandemik
Takaful Reserve Fund elakkan polisi lapse atau terminate selepas bertahun-tahun bayar. Ramai orang rugi bukan sebab pelan tak bagus, tapi sebab tak mampu sustain bayar caruman.
2. Untuk Lindungi Manfaat Paling Mahal: Umur & Kesihatan
Takaful disediakan ikut umur dan tahap kesihatan semasa permohonan, bukan semasa claim. Kalau polisi lapse, caruman akan jadi lebih mahal sebab umur dah meningkat. Risiko juga akan meningkat menyebabkan tahap kesihatan mungkin dah berubah dan kesannya permohonan baru akan ada loading, pengecualian perlindungan atau ditolak terus. Ini perlindungan yang tak boleh disediakan semula dengan kadar caruman yang sama.
Takaful Reserve Fund bantu kekalkan pelan sedia ada, kekalkan caruman berpatutan dan kekalkan perlindungan asal.
3. Untuk Pastikan Hibah Sampai Pada Keluarga Tanpa Masalah
Tanpa Takaful Reserve Fund, polisi akan lapse dan tiada lagi hibah buat keluarga. Keluarga masih sangka ada perlindungan, malangnya kosong.
Dengan Takaful Reserve Fund, polisi akan kekal aktif, hibah terjamin sampai pada keluarga jika berlaku musibah kematian. Waris tak perlu terbeban dari segi kewangan.
Takaful Reserve Fund bukan untuk kita, tapi untuk orang yang bergantung pada kita.












